Monday, February 2, 2009

Siti Suraidah Binti Ramli

SITI SURAIDAH BINTI RAMLI
SMK KING EDWARD VII, TAIPING, PERAK

Jadual waktu:

Isnin: 7.30pg-8.05pg
Selasa: 8.40pg-9.50pg
Rabu: 10.50pg-11.20pg
Khamis:
Jumaat: 11pg-12.10 tgh

January 30, 2009 7:34 PM

Pengalaman mengajar di sekolah memang merupakan suatu perkara baru bagi diri saya. Apatah lagi apabila diberikan jadual kelas seperti guru-guru lain yang memerlukan saya berada di kelas pada setiap hari. Setiap hari berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar yang bermacam ragam meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sepanjang dua minggu di SMK King Edward pelbagai perkara baru dipelajari bermula minggu pertama.

Minggu Pertama

Mendaftarkan diri di sekolah dan menyesuaikan diri dengan protokol sekolah tersebut yang sedikit berlainan dengan sekolah kebangsaan memberi suatu pengalaman baru kepada saya yang bersekolah kebangsaan di kampung. Walau apapun saya dapati ia agak menarik dan saya belajar banyak benda baru di sini. Dari aspek perhubungan sesama guru di sini begitu menyenangkan. Kerjasama yang diberikan cukup dihargai. Mereka tidak lokek menawarkan pertolongan jika terdapat kesulitan.

Minggu Kedua

Minggu kedua saya masih tidak dapat memulakan pengajaran di dalam kelas. Saya hanya mengikuti pengajaran guru mata pelajaran Geografi dan Bahasa Melayu di kelas 4KS1 3 dan 4KS1 1 untuk mendapatkan sedikit panduan tentang cara pengajaran mereka sebagai seorang guru yang lebih berpengalaman. Apatah lagi guru-guru tersebut ingin memberikan penerangan tentang subjek tersebut kepada pelajar-pelajar baru. Jadi, minggu ketiga barulah saya dibenarkan mengajar di dalam kelas. Bagi saya ia merupakan kesempatan untuk saya lebih bersedia dalam pengajaran. Walaupun begitu, setiap hari tidak pernah lapang kerana saya dan guru-guru praktikum lain diberikan kelas menggantikan guru yang tidak dapat hadir.

No comments:

Post a Comment