NUR HAFIZAH BT. MD. AZNI
SMK (P) TREACHER METHODIST, TAIPING
JADUAL WAKTU:
ISNIN:11.30-12.10 TENGAH HARI
SELASA:8.10-9.30 PAGI
KHAMIS:10.10-10.50 PAGI
JUMAAT:8.45-9.55 PAGI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
blog ini diadakan untuk pelajar yang mengikuti latihan mengajar di bawah penyeliaan Prof. Emeritus Abdullah Hassan, UPSI
Minggu Pertama
ReplyDelete12.1.09
Melaporkan diri di sekolah. Berjumpa dengan Penolong Kanan 1 untuk mendaftarkan diri. Diberi guru pembimbing iaitu Cik E'zuria. Kemudian, diperkenalkan dengan semua guru TMGS.
13 Januari 2009
ReplyDeleteDiberi jadual waktu. Kelas yang diajar ialah kelas 103 untuk mata pelajaran Bahasa Melayu manakala kelas 200 dan 202 untuk Geografi.Mula memasuki kelas.
14 Januari 2009 (Rabu)
ReplyDeleteHari ini diberikan badan beruniform Puteri Islam. Kemudian, memasuki kelas 103 untuk mengajar KOMSAS ‘Aku Anak Timur’. Semasa mengajar, di dapati pelajar-pelajar memberi tumpuan pada pelajaran. Namun begitu, perhatian lebih perlu diberikan kepada pelajar-pelajar India dan Cina kerana mereka tidak mahir membaca dengan betul mengikut intonansi dan ejaan. Sebagai guru, semestinya aku perlu memantau dan membetulkan setiap kesalahan bacaan mereka.
15 Januari 2009 (Khamis)
Hari ini memasuki Persatuan Bahasa Melayu. Ada perjumpaan di sebuah kelas. Namun, aku dipanggil ke padang untuk menjadi pencatat masa untuk acara saringan lontar peluru. Kemudian, memasuki kelas 103 untuk mengajar seperti biasa.
16 Januari 2009
Tiada kelas bahasa Melayu
MINGGU KE -2
19 Januari 2009 (Isnin)
Memasuki kelas 103 untuk mengajar tatabahasa kata terbitan.
20 Januari 2009 (Selasa)
Memasuki kelas 102 untuk mengajar karangan. Tetapi, terdapat pelajar yang masih tidak dapat menghasilkan sebuah karangan yang lengkap dan gramatis. Sebagai guru, aku perlu membimbing setiap aktiviti pelajar dalam kelas.
21 Januari 2009 (Rabu)
Memasuki kelas 103 untuk mengajar karangan berdasarkan bahan rangsangan. Perlu membimbing pelajar untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik.
22 Januari 2009 (Khamis)
Mengajar Kata Ganti Nama Diri secara ringkas untuk kefahaman pelajar.
23 Januari 2009 (Jumaat)
Tiada kelas Bahasa Melayu
MINGGU KE -3
2 Febuari 2009 (Isnin)
Beri jadual waktu yang baru. Saya diberitahu bahawa guru pembimbing saya ialah Puan Intan Azlina. Pukul 11.30 pagi perlu memasuki kelas 103 untuk mengajar tentang ayat tunggal. Pukul 4.00 petang turun ke padang untuk menjadi pencatat masa untuk acara saringan 200 meter.
3 Febuari 2009 (Selasa)
Cuti Sempena Sambutan Jubli Perak.
4 Febuari 2009 (Rabu)
Pukul 7.30 perlu menghadiri perjumpaan Majlis Ketua Tingkatan. Perlu melantik Pengerusi dalam kalangan Tingkatan 5 dan Setiausaha dalam kalangan Tingkatan 4. Kemudian, perjumpaan dengan Persatuan Bahasa Melayu.
5 Febuari 2009 (Khamis)
Memasuki kelas 103 untuk mengajar tatatabahasa Ganti Nama Diri (Unit 2: Berhemat Semasa Berbelanja). Pada mulanya, Cikgu Intan iaitu guru pembimbing baharu hendak menyelia saya mengajar. Tetapi, disebabkan beliau ke hospital kerana sakit, maka beliau tidak dapat memasuki kelas saya.
6 Febuari 2009 (Jumaat)
Perlu ke padang untuk menjadi pencatat masa untuk saringan lontar peluru. Kemudian, memasuki kelas 103 untuk mengajar Komsas ‘Aku Anak Timur’.
7 Febuari 2009 (Sabtu)
Pukul 8.30 datang ke sekolah untuk mengecat bangunan sekolah. Terdapat 4 orang guru praktikum dan seorang guru terlatih yang mengecat bangunan sekolah. Terdapat juga beberapa orang murid mengecat pintu pagar sekolah.
MINGGU KE – 4
9 Febuari 2009 (Isnin)
Cuti Sempena Thaipusam.
Pembetulan
ReplyDeleteMINGGU KE-3 sekolah cuti sempena Tahun Baru Cina.Minggu ke-3 yang saya tulis di atas merupakan minggu ke -4. harap maaf.
MINGGU KE -5
ReplyDelete9 Februaru 2009 (Isnin)
Cuti Sempena Hari Thaipusam
10 Februari 2009 (Selasa)
Mengajar Geografi kelas 202. Selepas itu, mengajar kelas Bahasa Melayu kelas 103. Pada hari ini guru pembimbing iaitu Puan Intan Azlina masuk ke kelas untuk menyelia. Semuanya berjalan lancar. Namun, perlu ada penambahbaikan pada masa akan datang. Mengadakan perbincangan dengan beliau selepas kelas. Beliau banyak memberi tunjuk ajar.
11 Februari 2009 (Rabu)
Raptai untuk Kejohanan Hari Sukan. Minggu ini saya ditugaskan untuk membuat soalan ujian objektif Bahasa Melayu. Ujian diadakan pada bulan Mac.
12 Februari 2009
7.25-10.00 pagi, raptai sempena hari sukan. Proses pengajaran dan pembelajaran geografi kelas 202 ditunda kerana raptai sukan. Kemudian, masuk ke kelas 103 mengajar tatabahasa.
13 Februari 2009
Mengajar ‘Aku Anak Timur’. Sebelah petang perlu membuat persiapan untuk rumah sukan
14 Februari 2009 (Sabtu)
Kejohanan Olahraga Ke –70 Treacher Methodist Girl’s School (TMGS). Selaku guru rumah Thoburn, rasa bangga apabila rumah Thoburn memenangi tempat kedua keseluruhan rumah-rumah sukan. Tema pada kali ini ialah ‘Warisan’. Pelajar-pelajar perbarisan memakai pakaian seperti serikandi wanita. Semua serba ungu. Rumah Thoburn akhirnya memenangi tempat pertama dalam acara perbarisan terbaik antara rumah-rumah. Pada hari sukan, guru-guru praktikum menjadi menjadi pencatat masa. Pelajar-pelajar TMGS begitu aktif dalam bidang sukan. Pernah menjuarai beberapa acara sukan peringakat negeri.
Jadual waktu sudah bertukar dan jadual baru akan dikuatkuasakan pada Isnin ini.
ReplyDeleteMINGGU KE 6
ReplyDelete16 FEBRUARI 2009 (ISNIN)
Memasuki kelas 103 untuk mengajar ringkasan “cara-cara mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini”. Dalam pengajaran ini saya meminta pelajar membaca secara senyap untuk mereka mencari maklumat penting.Kemudian, mereka perlu menggariskan isi-isi penting. Selepas itu, saya mengajar mereka membuat draf ringkasan sambil mengatur isi-isi penting secara tersusun. Saya meminta mereka mengira jumlah perkataan yang terdapat dalam senarai tersebut. Apabila saya berpuas hati dengan draf pelajar, saya meminta mereka menyalin semula dengan menggunakan perkataan sendiri dalam buku rumusan. Akhir sekali, saya meminta pelajar membuat soalan kefahaman ringkasan. Namun, apa yang saya dapati tidak ramai pelajar membuat soalan kefahaman kerana mereka tidak pandai menjawabnya sendiri. Saya perlu membimbing mereka untuk menjawab soalan tersebut.
17 FEBRUARI 2009 (SELASA)
Memasuki kelas 103 untuk mengajar tatabahasa penggunaan bahasa yang tepat. Pelajar masih dapat membezakan penggunaan ayat yang tepat. Ini dapat dilihat apabila saya memberi soalan, semua soalan yang diberikan dapat dijawab dengan baik sekali. Pada pukul 2.30 petang mengahdiri Mesyuarat Guru di dewan sempena Majlis Ikrar Gemilang.
18 FEBRUARI (RABU)
Pukul 7.30 hingga 9.20 pagi aktiviti gotong-royong sempena Majlis Ikrar Gemilang pada hari Sabtu ini. Pukul 10.00-10.30 pagi diadakan raptai sempena Majlis Ikrar Gemilang. Kemudian, saya menggantikan kelas 401.
19 FEBRUARI (KHAMIS)
Pukul 10.00- 10.30 pagi diadakan raptai sekali lagi. Kemudian, saya memasuki kelas Persatuan Bahasa Melayu. Aktiviti yang diadakan ialah debat. Saya dan seorang guru praktikum dari USM menjadi hakim. Tajuk debat kali ini ialah “Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik”. Debatkan isu ini. Terdapat kumpulan pembangkang dan kumpulan penyokong. Aktiviti ini sangat mencabar minda pelajar. Ahli kumpulam terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5. Hasil daripada perbincangan dengan rakan, mendapati kumpulan pembangkang memenangi pertandingan tersebut. Selepas itu, memasuki kelas 103 untuk mengajar tatabahasa tentang penjodoh bilangan.
20 FEBRUARI 2009 (JUMAAT)
Mengajar karangan berdasarkan bahan rangsangan “punca-punca pencemaran alam sekitar. Pelajar-pelajar perlu mencari isi penting berdasarkan gambar yang diberi. Namun terdapat kelemahan dari segi pengolahan ayat terutama pelajar India dan Cina. Saya perlu memastikan pelajar-pelajar tidak lagi mengalami masalah ini pada masa akan datang.
21 FEBRUARI 2009 (SABTU)
Berada di sekolah pada pukul 7 untuk membuat persiapan terakhir sempena Majlis Ikrar Gemilang. Saya dapati semua guru TMGS sibuk dengan tugasan masing-masing. Saya menolong guru yang lain untuk menyiapkan pelajar-pelajar tarian dengan pakaian tradisonal. Pakaian mereka sangat cantik dan mereka dimekapkan oleh jurumekap profesinal. Pukul 9.30 pagi, para guru diminta membuat barisan untuk menyambut kedatangan Menteri Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan iaitu Y.A.B Dato Seri Shafei bin Apdal dan VVIP yang lain. Majlis Ikrar Gemilang diadakan untuk menyuntik semangat pelajar-pelajar TMGS terutama pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan penting tahun ini. Majlis bersurai pada pukul 1.00 petang.
MINGGU KE 7
ReplyDelete23 Februari 2009
Perhimpunan diadakan pada pukul 7.20 pagi hingga 8.20 pagi. Memasuki kelas 103 mengajar sajak Seorang Guru Tua. Menerangkan kepada pelajar tema dan persoalan. Kemudian, pelajar menjawab beberapa soalan tentang sajak tersebut.
24 Februari 2009
Pada pukul 8.30 pagi mengecat taman angkat Puteri Islam. Sekolah TMGS akan mengadakan pertandingan menghias taman angkat. Jadi, sebagai guru unit berunitform Puteri Islam saya perlu memastikan taman angkat berada dalam keadaan cantik dan bersih. Saya dan Ustazah Hanisyah bertungkus lumus membersihkan kawasan tersebut. Kami juga menanam beberapa tumbuhan renek untuk mencantikkan lagi taman tersebut.
Pada pukul 9.50 memasuki kelas 103 mengajar karangaan berdasarkan bahan rangsangan bertajuk “Keluarga Bahagia”. Pukul 10.30 memasuki kelas 202 untuk mengajar Geografi. Pukul 12.30 memasuki kelas 200 untuk mengajar Geografi.
25 Februari 2009
Pukul 10.55-11.30 pagi mengajar Geografi kelas 202 dan 200 pada pukul 12.05-12.40 tengah hari.
26 Februari 2009
Pukul 7.35 -8.50 pagi diadakan aktiviti permainan. Peluang ini digunakan oleh saya dan beberapa orang guru membersihkan kawasan sekolah. pukul 10.55-11.30 pagi mengajar Geografi kelas 200 dan pada pukul 11.30-12.05 tengah hari mengajar Bahasa Melayu kelas 103 tentang Pantun 2 Kerat. Pada waktu ini, Cikgu Intan iaitu guru pembimbing menyelia saya mengajar. Semasa mengajar, saya dapati pelajar-pelajar dapat memahami maksud rangkap pantun 2 kerat. Kemudian, saya meminta beberapa orang pelajar melengkapkan pantun 2 kerat yang telah dikosongkan. Hanya 2 daripada 8 orang murid tidak dapat melengkapkan jawapan tersebut. Saya berpuas hati dengan pencapaian pelajar-pelajar tersebut, namun saya perlu membuat penambahbaikan pada masa depan.
27 Februari 2009
Pada pukul 8.10 – 8.40 Prof datang untuk menyelia saya. Pada masa itu, saya mengajar tentang ringkasan dan pemahaman. Saya mendapat banyak tunjuk ajar dari Prof. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan pada masa depan. Kemudian, pada pukul 9.55-10.50 saya mengajar Geografi untuk kelas 202.
MINGGU 8
2 MAC 2009
Masuk kelas 103 mengajar ‘Aku Anak Timur’ tentang tema dan persoalan, nilai dan pengajaran. Terdapat beberapa orang pelajar yang masih kabur tentang pembelajaran ini. Saya meminta pelajar-pelajar membaca dengan teliti dan membuat ulang kaji tentang ‘Aku Anak Timur’.
3 MAC 2009
Mengajar tatabahasa kelas 103 tentang ‘kata banyak makna’. Saya menerangkan tentang maksud kata banyak makna kepada pelajar. Kemudian, saya memberi latihan pengukuhan. Seterusnya, mengajar Geografi kelas 202 dan 200. Saya hanya meminta pelajar mengulang kaji pelajaran untuk persediaan ujian 1 nanti.
4 MAC 2009
Mengajar Geografi untuk kelas 202 dan 200.
5 MAC 2009
UJIAN 1 bermula sehingga minggu hadapan.
6 MAC 2009
UJIAN 1 berlangsung.
MINGGU 9
9 Mac 2009
Cuti sekolah sempena Maulidur Rasul
10 Mac – 13 Mac 2009
Ujian masih berlangsung
MINGGU 10
ReplyDelete15 Mac hingga 22 Mac cuti penggal 1
MINGGU 11
23 Mac 2009 (Isnin)
7.20 pagi sekolah mengadakan perhimpunan. Pukul 8.20 pagi terdapat mesyuarat guru. Pukul 10.10- 11.30 pagi, mengadakan ulangkaji ujian bulanan kertas 1 Bahasa Melayu di tingkatan 103.
24 Mac 2009 ( iaitu Selasa)
Pukul 9.50- 10.30 pagi masuk mengajar kelas 103. mengulang kaji semula ujian bulanan kertas 2 Bahasa Melayu. Pukul 10.30 – 11.10 pagi mengajar Geografi tingkatan 202 da pukul 12.30 – 1.10 mengajar Geografi tingkatan 200.
25 Mac 2009 (Rabu)
Mengajar Geografi tingkatan 200 dan 202 iaitu graf.
26 Mac 2009 (Khamis)
Mengajar karangan berdasarkan bahan rangsangan iaitu “Kesesakan Jalan Raya Di Malaysia”. Pada waktu ini saya diselia oleg guru pembimbing saya iaitu Puan Intan Azlina.
27 Mac 2009 (Jumaat)
Mengajar ringkasan dan pemahaman tentang “Punca-punca Berlakunya Banjir Di Negara Kita”. Pada masa ini saya diselia oleh guru pembimbing saya untuk kali yang terakhir. Kemudian, mengajar Geografi tingkatan 202 dan 200 tentang graf.
28 Mac 2009 ( Sabtu)
Pukul 8.00- 1.00 tengah hari, menghadiri Seminar Ahli Profesionalisme Guru di sekolah tersebut. Tujuan diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.
MINGGU 12
30. MAC 2009 (Isnin)
Mengajar Pantun Kanak-kanak di tingkatan 103.
31 Mac 2009 (Selasa)
9.50- 10.30 pagi mengajar tatabahasa kata sendi nama di tingkatan 103. 10.30- 11.10 pagi mengajar Geografi di tingkatan 202 dan 200.
1 April 2009 (Rabu)
Mengajar tafsiran graf di tingkatan 200 dan 202. 10.55 – 12.05 tengah hari mengajar sajak Surat Dari Kampus” di tingkatan 103.
2 April 2009 (Khamis)
Mengajar graf di tingkatan 200.
3 April 2009 (Jumaat)
Mengajar Surat Kiriman Tidak Rasmi di tingkatan 103.