Monday, February 2, 2009

Nurul Hidayah Binti Ismail

NURUL HIDAYAH BINTI ISMAIL
SEK MEN KEB TRACHER (P) METHODIST, TAIPING

JADUAL WAKTU:
ISNIN:9.10-10.50(KELAS 104)
11.30-12.10(KELAS 202)
SELASA:7.35-8.10(KELAS 104)
11.50-1.10(KELAS 202)
RABU:10.55-12.05(KELAS 202)
KHAMIS:10.00-11.30(KELAS 104)
11.30-12.05(KELAS 202)
JUMAAT:8.10-8.45(KELAS 104)

11 comments:

  1. Minggu Pertama

    12 Januari 2009

    Mendaftar diri sebagai guru pelatih di TMGS. Bertemu dengan Puan Wong, Penolong Kanan 1. Diberi seorang guru pembimbing iaitu Encik Abdul Latif bin Man. Diperkenalkan kepada semua guru.

    ReplyDelete
  2. 13 Januari 2009

    Diberi jadual waktu,kelas yang diajar ialah 104 dan 202.Mula masuk ke kelas dan berkenalan dengan pelajar-pelajar dalam kelas 202 dan 104.

    ReplyDelete
  3. 14 Januari 2009

    Hari ketiga, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas 202 dan 104 diteruskan dengan rancangan pengajaran guru subjek bahasa Melayu sebelum ini.

    ReplyDelete
  4. 15 Januari 2009
    Mengajar KOMSAS dalam kelas 202. Tajuk yang diajar ialah ‘Batu’ sebuah cerpen. Nota mengenai tema, persoalan dan pengajaran diberi kepada pelajar. Lima soalan pemahaman berkaitan cerpen Batu diberi kepada pelajar.

    16 Januari 2009
    Sibuk menguruskan persiapan aktiviti merentas desa dan cyclethon yang bakal diadakan esok. Pengajaran dalam kelas 104 ialah aktiviti berkumpulan. Dalam kumpulan, pelajar berbincang mengenai perasaan mereka memasukki sekolah menengah. Hasil perbincangan ditulis dalam bentuk peta minda.

    17 Januari 2009
    Sekolah ganti hari ini. Persekolahan digantikan dengan acara merentas desa dan cyclethon sempena 120 tahun penubuhan TMGS. Sambutan ini dimulakan dengan acara merentas desa dan semua pelajar terlibat. Kemudian, acara diteruskan dengan acara berbasikal yang disertai oleh tetamu kehormat, bekas pelajar TMGS, guru-guru dan pelajar-pelajar. Sebanyak 120 buah basikal disediakan.

    Minggu Kedua

    19 Januari 2009
    Perhimpuan rasmi sekolah. Perjumpaan bersama Pengetua untuk menilai kembali acara yang telah diadakan pada 17 Januari lalu. Mendapat pujian daripada tetamu kehormat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelas 202 membina perenggan pendahuluan. Memberikan contoh bentuk-bentuk perenggan kepada pelajar.Di dalam kelas 104 pula, memperkenalkan kepada pelajar maksud tema dan maksud persoalan. Saringan lari 100 meter untuk rumah-rumah sukan.

    20 Januari 2009
    Mengajarkan karangan bahan rangsangan kepada pelajar kelas 202, tajuk karangan ialah Faedah-faedah bersukan. Kelas 104, mengajar pelajar mengenali subjek dan predikat dalam ayat. Beberapa soalan latihan diberikan kepada pelajar untuk latihan pengukuhan mereka.


    21 Januari 2009
    Mengajarkan pelajar kata bilangan dalam ayat. Pelajar-pelajar mengenali jenis kata bilangan. Memberikan beberapa soalan latihan untuk pengukuhan kepada pelajar. Pelajar-pelajar dapat menjawab soalan latihan dengan baik sekali.

    22 Januari 2009
    Mengajar KOMSAS dalam kelas 202. Fokus pengajaran ialah tema dan persoalan novel Kapten Hassan Wira Bangsa. Kemudian, guru mengarahkan pelajar membuat sinopsis untuk novel yang dibaca. Dalam kelas 104, guru mengajarkan pelajar menghasilkan karangan cereka bertajuk Diri saya.

    23 Januari 2009
    Mengajar ringkasan karangan untuk pelajar-pelajar 104, bertajuk punca-punca remaja terlibat dalam jenayah juvana. Pelajar diminta meringkaskan karangan tidak melebihi 80 patah perkataan. Kemudian pelajar dikehendaki menjawab beberapa soalan pemahaman dengan menggunakan ayat sendiri.

    Minggu Ketiga
    Bercuti selama seminggu sempena sambutan Tahun Baru Cina.

    Minggu Keempat
    2 Februari 2009
    Merupakan perhimpunan rasmi. Berlaku pertukaran jadual waktu. Pukul 9.30 pagi, masuk ke dalam kelas 104 dan mengajarkan karangan bahan rangsangan yang bertajuk Kebaikan amalan bergotong-royong. Pukul 11.30 pagi pula, saya masuk ke dalam kelas 202. Mengajarkan penggunaan intonasi dan suara yang betul dalam perbualan. Aspek tatabahasa yang diselitkan dalam pengajaran ialah kata ganti nama.

    3 Februari 2009
    Cuti sempena 25 tahun pemerintahan Sultan Perak.

    4 Februari 2009
    Mengajarkan karangan jenis fakta kepada pelajar-pelajar kelas 202. Guru memberikan satu contoh karangan terbaik dan pelajar menyalin dalam buku karangan. Kemudian guru memberikan tajuk karanga baharu sebagai pengukuhan.

    5 Februari 2009
    Mengajar pelajar untuk menghasilkan sinopsis novel Aku Anak Timur. Sinopsis yang dihasilkan meliputi bab 1, bab 2 dan bab 3. Namun hanya mampu menyelesaikan sampai bab 2 sahaja. Di dalam kelas 202 pula, mengajarkan KOMSAS iaitu ‘Pantun Perpisahan’. Beberapa soalan sebagai pengukuhan diberi kepada pelajar.

    6 Februari 2009
    Saringan akhir lompat jauh, menjadi pengadil. Kelas 104 dikendalikan oleh guru kelas asal iaitu Cik Ezuria, beliau memberi soalan latihan yang berkaitan dengan bab 1,2 dan 3 novel ‘Aku Anak Timur’.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Minggu Kelima

    9 Februari 2009

    Cuti Sempena Sambutan Thaipusam

    10 Februari 2009

    Mengajar Komsas untuk kelas 104, prosa tradisional iaitu “Pantun Dua Kerat”. Bagi mengukuhkan pemahaman pelajar, beberapa soalan telah diberi kepada pelajar sebagai latihan.Kemudian, saya memberi satu salinan contoh karangan surat kiriman rasmi kepada setiap pelajar untuk dibawa pulang dan disalin dalamm buku.Kelas 202 pula, mengajar ringkasan karangan yang bertajuk “Punca-punca minat membaca dalam kalangan pelajar sangat kurang”. Tiga soalan pemahaman petikan umum diberikan kepada pelajar.

    11 Februari 2009

    Pengajaran untuk kelas 202 dijalankan di luar kelas, pengajaran hari ini ialah berkaitan novel “Kapten Hassan Wira Bangsa”. Fokus pengajaran ialah tema, persoalan serta watak dan perwatakan yang terdapa dalam novel. Aktiviti pengukuhan ialah berbentuk kuiz.

    12 Februari 2009

    Kelas 104 dimulakan agak lewat kerana raptai penuh Kejohanan Olahraga Sekolah kali ke-70. Terpaksa mengajar dalam masa terhad.Mengajar surat kiriaman rasmi. Kelas 202 pula, mengajar simpulan bahasa. Lima belas soalan diberi kepada pelajar sebagai aktiviti pengukuhan.

    13 Februari 2009
    Aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk kelas 104 ialah teknik membidas hujah. Penggabungjalinan ialah tatabahasa iaitu kata bilangan dan penjodoh bilangan. Lima soalan objektif ditulis pada papan hitam dan pelajar menyalin soalan tersebut dalam buku.

    14 Februari 2009
    Kejohanan Olahraga TMGS kali ke-70. Acara bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. MINGGU KEENAM

    16 Februari 2009

    Pengajaran kelas 104 terpaksa ditangguhkan kerana perhimpunan rasmi . Mengajar karangan bahan rangsangan untuk kelas 202. Tajuk yang diajarkan ialah “Kesan penerokaan hutan yang berleluasa”. Pelajar memberikan respons yang positif dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.


    17 Februari 2009

    Hari ini saya mengajar tatabahasa bagi kelas 202. Tajuk yang dipelajari ialah ‘Kata yang mempunyai banyak makna’. Pelajar pada mulanya kelihatan keliru dan selepas penerangan oleh guru, pelajar sedikit sebanyak telah faham konsep pelajaran hari ini. Di kelas 104 pula, saya mengajarkan Pantun Budi. Pengajaran tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana pelajar-pelajar begitu teruja dengan aktiviti yang dirancang oleh guru. Bagi persediaan pada masa hadapan, saya hanya perlu mengamalkan pengajaran secara terus sahaja. Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar saya di kelas 104 agak terlalu aktif dan suka membuat bising.

    18 Februari 2009

    Hari ini saya mempunyai empat waktu pengajaran. Di kelas 104, permulaan kelas lewat kerana raptai sempena majlis Ikrar Gemilang yang bakal berlangsung pada hari sabtu nanti. Saya mengajar penulisan karangan untuk surat kiriman tidak rasmi. Seperti biasa, saya terpaksa menggunakan banyak masa untuk mengawal kelas terlebih dahulu. Natijahnya, saya tidak sempat menghabiskan pengajaran saya dan terpaksa dibawa ke waktu lain. Bagi kelas 202 pula, saya turut mengajar penulisan karangan surat kiriman tidak rasmi. Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan begitu lancer sekali. Pelajar-pelajar kelas 202 juga sering bertanya soalan jika terdapat perkara yang tidak difahami oleh mereka.

    19 Februari 2009

    Hari ini raptai terakhir sebelum Majlis Ikrar Gemilang, pengajaran dalam kelas 202 berjalan dengan baik. Tajuk pelajaran hari ini ialah Pantun Joget Pahang. Saya menerangkan kepada pelajar bahawa joget berasal dari Portugis yang dibawa ke Melaka semasa penjajahan Portugis.Pelajar begitu teruja dan mengikuti pengajaran dengan baik sekali. Hari ini saya perlu mengganti kelas 403 dan 204.

    20 Februari 2009

    Hari ini mengajar kelas 104 karangan bahan rangsangan yang bertajuk ‘Keluarga Bahagia’. Hari ini pengajaran berjalan dengan begitu baik dan semua pelajar menghantar buku kerja apabila kelas tamat dan saya sangat gembira.

    21 Februari 2009

    Hari ini persekolahan seperti biasa menggantikan jadual waktu untuk hari Isnin. Acara Majlis Ikrar Gemilang dan Sambutan 120 tahun penubuhan TMGS dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Shafei bin Hj Apdal. Sambutan ini disambut meriah dengan kehadiran YB dan pengiring-pengiring beliau. Ramai wartawan daripada media cetak dan media elektronik turut serta hadir dalam majlis ini. Pengajaran dan pembelajaran untuk kelas 104 dan 202 terpaksa ditunda ke hari Isnin minggu depan.

    ReplyDelete
  9. Minggu Ketujuh

    23 Februari 2009

    Hari ini saya mengajar tatabahasa iaitu penggunaan kata yang tepat dalam kelas 104. Sebanyak 10 soalan objektif diberi kepada pelajar untuk latihan pengukuhan. Bagi kelas 202, saya mengajarkan pelajar menulis karangan jenis wawancara. Karangan yang ditulis ialah berkisar tentang temu bual antara Olahragawan sekolah dan pengarang majalah sekolah.

    24 Februari 2009

    Mengajar tema dan persoalan yang terdapat dalam novel ‘Aku Anak Timur” bagi kelas 104 . Bagi kelas 202, saya mengajar cerpen Tina. Pelajar-pelajar kelihatan begitu gembira pada hari ini. Hal ini demikian kerana, pembelajaran adalah lebih santai dan tidak terlalu serius.

    25 Februari 2009
    Pada hari ini, saya mengajar sajak “Seorang Guru Tua” untuk kelas 104 dan puisi tradisional “Pantun Teka-teki”. Sukar untuk membuatkan pelajar-pelajar faham kerana sajak ialah pembelajaran yang agak baru bagi kelas 104.

    27 Februari 2009
    Hari ini mengajar kelas 103. Saya telah diselia oleh Prof dan saya mengajar pelajar kelas 103 untuk membina pantun. Kebolehan pelajar agak lemah dan saya perlu lebih mengecilkan skop pantun yang dibina agar bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar tingkatan satu.

    Minggu Kelapan

    2 Mac hingga 4 Mac 2009

    Ulangkaji topik-topik yang pernah dipelajari sebelum pelajar-pelajar kelas 104 dan 202 mendudukki Ujian 1. Dalam bentuk latihan objektif dan subjektif.

    5 Mac 2009

    Ujian satu bermula dan perlu menjaga ujian kelas 501 jam 9.10 hingga 10.50 pagi. Menjaga ujian pendidikan seni bagi kelas 202 pada pukul 1.00 petang.

    6 Mac 2009

    Menjaga ujian pendidikan Islam, bahasa Cina dan bahasa Tamil bagi kelas 104 pada pukul 10.00 hingga 12.00 tengahari.

    ReplyDelete
  10. Minggu Kelapan
    2 Mac hingga 4 Mac 2009
    Ulangkaji topik-topik yang pernah dipelajari sebelum pelajar-pelajar kelas 104 dan 202 mendudukki Ujian 1. Dalam bentuk latihan objektif dan subjektif.

    5 Mac 2009
    Ujian satu bermula dan perlu menjaga ujian kelas 501 jam 9.10 hingga 10.50 pagi. Menjaga ujian pendidikan seni bagi kelas 202 pada pukul 1.00 petang.

    6 Mac 2009
    Menjaga ujian pendidikan Islam, bahasa Cina dan bahasa Tamil bagi kelas 104 pada pukul 10.00 hingga 12.00 tengahari.

    Minggu Kesembilan
    10, 11 dan 12 Mac 2009 pelajar-pelajar masih mendudukki Ujian 1.
    13 Mac 2009
    Mengajar watak dan perwatakan dalam novel “Aku Anak Timur” dalam kelas 104.

    Minggu Kesepuluh
    Cuti pertengahan penggal 14-22 Mac 2009.

    Minggu Kesebelas
    23 Mac 2009
    Perbincangan kertas ujian Bahasa Melayu kertas 1dalam kelas 104 tetapi terpaksa ditangguhkan kerana perhimpunan rasmi. Dalam kelas 202, perbincangan kertas 1 dan kertas 2 bagi subjek bahasa Melayu.

    24 Mac 2009
    Dalam kelas 202, mengajar binaan plot dalam drama “Penunggu Pusaka”. Perbincangan kertas 1 bahasa Melayu untuk Ujian 1 dalam kelas 104.

    25 Mac 2009
    Dalam kelas 104, saya melakukan perbincangan kertas 2 bahasa Melayu Ujian 1.Manakala kelas 202, saya mengajar ringkasan karangan dan pemahaman iaitu “Tujuan Pendidikan Prasekolah”.

    26 Mac 2009
    Pengajaran dalam kelas 202 ialah Sajak “Mata Ayah” .

    27 Mac 2009
    Dalam kelas 104, saya mengajar menulis karangan jenis keperihalan iaitu “Perayaan di Malaysia”.
    Minggu Keduabelas

    30 Mac 2009
    Perancangan mengajar tatabahasa dalam kelas 104 terpaksa ditangguhkan kerana perhimpunan, mengajar pelajar definisi, jenis serta contoh gaya bahasa dalam kelas 202.
    31 Mac 2009
    Mengajar tatabahasa iaitu kata hubung dalam kelas 104 seperti yang dirancang pada hari isnin untuk kelas 104. Dalam kelas 202 pula, saya mengajarkan karangan bahan rangsangan yang bertajuk “Punca-punca kemalangan jalan raya”. Dinilai oleh guru pembimbing.
    1 April 2009
    Kelas 104 saya mengajar pelajar menulis karangan jenis laporan bertajuk “Laporan Kegiatan Persatuan Pasar Malam” dan dalam kelas 202 pula, saya mengajar pelajar menulis karangan jenis laporan juga yang bertajuk Lopran tentang disiplin murid di sekolah.
    2 April 2009
    Dalam kelas 104, saya mengajar pelajar karangan bahan rangsangan rajah yang bertajuk “Amalan Menabung”. Mengajar tatabahasa iaitu Kata Hubung kepada pelajar kelas 202.
    3 April 2009
    Kelas 104 saya mengajarkan KOMSAS iaitu latar dan binaan plot dalam novel “Aku Anak Timur”.

    ReplyDelete
  11. Boleh saya tahu di manakah tempat yang diadakankan???please reply....

    ReplyDelete